00:36

Hai semua.

Ainaa nak mintak maaf sangat-sangat sebab dah lama tak upate blog ni.

Ainaa sibuk sangat-sangat akhir ni. Ye la dengan event-event yang pihak matrikulasi buat ni lagi dengan final exam dah nak dekat ni. Tersangat-sangat la busy. Ni pun sempat update sebab tadi buka internet nak isi permohonan untuk degree nanti.

Doakan Ainaa ye. Exam ni adalah exam final semester Ainaa dekat matrikulasi ni. Takut tu hanya Allah yang tahu tahapnya sampai mana. Dengan subjek semakin susah kan.

Alhamdulillah,untuk Ujian Pertengahan Semester (UPS) yang Ainaa ambil hujung bulan 1 yang lepas,result sangat-sangat improve. Ainaa dapat 4 rata. For the first time,Ainaa dapat result yang macam tu.

Sebelum ni dekat MRSM,tak pernah pulak nak dapat macam. Paling tinggi pun hanya 3.77 je.

Apa-apapun,Ainaa bersyukur sangat. And untuk final exam ni Ainaa kena bagi komitmen yang tersangat-sangat banyak dengan exam ni. Sebab exam ups tu ibarat 15% je dari real final yang Ainaa akan buat ni.

Doakan Ainaa yee. Ainaa perlukan doa korang. And lastly Ainaa nak cakap,sory sangat-sangat kalau Ainaa tak update lepas ni. Kelas tambahan Ainaa akan lagi banyak bila nak exam ni.

Sory yee. Apapun teruskan bagi sokongan pada Ainaa yee.. Byee.




You Might Also Like

1 comments

Subscribe