Sekian lama menyepi.

20:38

Hai semua, assalamualaikum semua.

Ya betul dah lama kan Ainaa menyepi dari alam blog ni. Terlalu banyak halangan untuk kita bersama wahai blogku. hahaha.

Akan tetapi harini Ainaa luangkan masa untuk blogku yang satu ini.

Diluar bilik sekarang hujan lebat, permulaan tahun baru yang penuh rahmat. Awal muharram yang penuh diberkati.

Disebalik hari yang penuh rahmat dan keberkatan, hujan yang lebat seakan mengerti keadaanku yang tak berapa menentu. Hati dan jiwa hilang jauh dari jasadnya yang layu. Fikiran yang jauh memikirkan segala yang perlu diharungi tanpa sebarang patah halangan.

Hidup perlu diteruskan walaupun belum ku nampak jalan di hadapan. Seperti apakah jalan yang perlu aku tempuhi lagi. Segala kata-kata manusia yang terlalu sempurna jugak perlu didengari walaupun ianya seperti panahan api yang tidak mungkin dapat dielakkan sama sekali.

Persoalannya, masih adakah insan-insan yang ku harapkan berada disisi untuk menyokong tulang belakangku yang bila-bila masa saja boleh patah.

Atau sememangnya aku perlu berdiri dengan sendiri tanpa insan-insan tersebut ?

Atau jugak aku tidak layak untuk mendapat sokongan insan-insan ?

Perhubungan sosial yang dibina ibarat tidak memberi sebarang erti kemanusiaan.

Hujan turun membasahi bumi seiiring dengan air suci yang turun membasahi pipi. Kesejukan yang berlipat kali ganda dari kebiasaan dirasai.


#penaku menari mecoretkan
sebuah puisi kelukaan
gurindam jiwa
cinta dan air mata
di kamar hati
masih ada sembunyi
kenangan yang tak mampu
kulemparkan jauh

You Might Also Like

0 comments

Subscribe