Melepaskan.

23:17

Hye buddy, tetiba terasa nak tulis pulak lepas lama tak tulis kat blog.

Rindu sangat nak tulis kat blog.

Okay,actually I nak you guys will be my book from now on.

Story yang I nak ceritakan ada berkaitan someone yang you guys sayang. A Man okay !

Apa yang ada difikiran I adalah apa I buat sekarang.
I try melepaskan orang yang I sayang,orang yang mungkin I nak kahwini satu hari nanti,orang yang mengimamkan I sewaktu nak bersolat nanti,orang yang paling berharga dari segala benda dalam dunia ni. Mungkin you guys fikir I ni macam overkan,nak muntah segala bagai bila I cakap macam ni tapi inilah kenyataan yang I katakan sebagai seorang perempuan.

Siapa yang taknak kahwin dengan lelaki yang dia sayang kann ?

Cuba you guys letakkan diri you guys dekat tempat yang sama macam I,mesti you guys nak kahwin dengan lelaki yang you guys sayangkan,takkkan taknak kott kecuali kalau you guys ni spesis yang lain la. Haha,okay jangan ambil hati dengan ayat tuhh.

Setiap perempuan mempunyai impian untuk berkahwin dengan lelaki yang dia sayang dan mempunyai sebuah kehidupan yang bahagia sampai akhir hayat.

But for me yang baru masuk 18 years old,I kena lepaskan orang yang I sayang. I lepaskan dia bukan sebab I tak sayang, tapi I  kena berfikiran rasional dalam kehidupan realiti. I bukan hidup dalam sebuah novel yang kita semua baca yang kita tahu ending novel tu mesti dengan orang yang watak utama tu sayang.

I hidup dalam life yang penuh dengan cabaran yang I sendiri tak tahu bila,dekat mana dan sampai bila cabaran tu akan berakhir,so that’s why I perlu lepaskan orang yang I sayang buat masa sekarang.
I percaya pada takdir.Kalau jodoh I memang bersama dengan dia,Allah akan temukan I dengan dia semula walau macam mana cara sekali pun. Sejauh mana I buang dia,dia tetap akan datang pada kita sekiranya dia adalah jodoh kita.

Sebagai umat islam,kita semua tahu tentang tu.Allah telah aturkan yang terbaik untuk setiap umatnya.
Itu yang membuatkan I tak takut untuk lepaskan dia. Untuk umur I yang baru nak melangkah alam dewasa,I perlu berfikiran seperti orang dewasa. Tak guna pun kalau terlalu ikutkan perasaan sangat sebab one day benda itu mungkin akan makan diri kita balik.

Percaya pada I,you guys pun ada cita-cita ada impian yang you guys nak capai kann. Keutamaan bagi kita yang berumur lingkungan sebegini adalah mencapai apa yang kita cita-cita kan selama ini. Tidak salah melepaskan orang yang kita sayang pada masa sekarang untuk mencapai apa yang kita nak dalam hidup.

Setiap orang mempunyai impian yang tersendiri,cita-cita sendiri yang nak dijadikan sebagai kerjaya dalam hidup kita.

Just imagine,you guys lepaskan peluang untuk capai cita-cita you guys untuk seorang lelaki yang you guys sendiri tak pasti sememang dia layak ataupun tak dan sesuai ataupun tak. You guys pun tak boleh pastikan yang dia sememangnya jodoh you guys ataupun tak.

Kalau confident sangat pun tak boleh jugak yang dia sememangnya jodoh you guys. Orang yang berkahwin pun boleh bercerai inikan pula kita yang belum ada apa-apa ikatan yang sah.

Then tetiba lelaki tu tinggalkan you guys,tak ke rasa rugi dan menyesal sangat-sangat ? Masa tu you guys jangan harapkan ada miracle yang akan berlaku pada you guys sebab hidup kita tak ada siapa pun yang tahu pasal future yang akan berlaku.

Dah la kena tinggal dengan lelaki yang kita sayang separuh mati,dan sanggup bagi apa saja dekat dia at last lepas kena tinggal tu apa pun kita tak dapat. Orang yang kita sayang tak ada dan kerjaya yang kita nak pun kita tak dapat.

Sebab tu I berani lepaskan orang yang I sayang. I nak capai apa yang I nak dalam hidup i. Kerjaya yang I nak jadikan sebagai sumber pendapatan i. Hidup yang I betul inginkan selama ni. Hidup berdikari dengan diri sendiri tanpa bergantung pada orang lain.

Tapi itu tak bermakna I tak sayang dia dan ketepikan dia dalam hidup I selama ni.
You guys kena ingat melepaskan orang yang kita sayang kadang-kadang dapat membuatkan dia lebih baik dan ada jugak lebih teruk. Tapi please be positive and tell him kalau betul dia sayangkan kita,nak jadikan yang halal dalam hidupnya iaitu sebagai seorang isteri,dia tahu apa yang perlu dia lakukan.

Sebagai seorang lelaki,dia perlu mempunyai kewangan ataupun perkerjaan yang dapat menjamin kesejahteraan seorang isteri serta anak-anak sebabnya apabila kita berkahwin,lelaki tu tidak lagi menanggung dirinya sahaja tetapi isteri dan anak-anaknya juga. Perbelanjaan rumah kereta keselesaan isteri anak-anak juga tanggungjawab dia.

Kalau dia tak mempunyai pekerjaan yang kukuh,macam mana nak tanggung kita pada masa depan? 10 tahun ke hadapan kita hidup macam mana ?
Dia berkahwin dengan manusia yang keperluan makannya mungkin 4-5 kali sehari yang perlu ditanggung bukan dengan haiwan peliharaan yang sesuka hati boleh beri makan rm2-3sekali makan.Kalau sebulan tu macam boleh tahan lagi tapi kalau 10 tahun or 20 tahun rasanya you guys boleh tahan tak ?

Tu pun tak termasuk perbelanjaan anak-anaklagi.

Berkahwin bukan sesuatu perkara mudah,yang hanya tahu nak melepaskan nafsu semata-mata. Kalau berkahwin dengan lelaki yang kita sayang tapi dia hanya tahu nak lepaskan nafsu sahaja pada si isteri,keperluan lain tak diambil berat pun tak akan bahagia jugak kan.

Kita perlukan lelaki yang tahu tentang tanggungjawab dan boleh jalankan tanggungjawab tu dengan sebaik mungkin.

Jadi melepaskan seseorang pada umur sebegini mungkin cara yang terbaik. Tidaklah membuang waktu pada orang yang kita tak tahu yang betul ataupun tak dia sememangya milik kita.Juga tidak menambahkan dosa dari zina-zina yang kita lakukan.Kalau sebelum kahwin dah pegang sana sini,lepas kahwin nak pegang apa ? Lepas kahwin jadi boring sebab dah buat semuanya sebelum kahwin.Kann ?Alih-alih bercerai pulak.

Atau you guys mungkin akan berjumpa dengan lelaki yang lebih baik,lebih bertanggungjawab terhadap kita. Who knows,right ?

Dan you guys jugak kena tahu,kalau lelaki tu betul sayangkan you guys dia takkan buat,takkan ajak kita,takkan terfikir untuk benda yang tak baik. Suami yang sebetulnya adalah suami yang membimbing seorang isteri ke arah yang lebih baik bukan yang tidak baik.

I fikir tak rugi I lepaskan dia buat masa sekarang. I nak dia buat apa yang dia nak buat dalam hidup dia. Sebab I tahu yang satu hari nanti dia akan sedar dan dia akan jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang lelaki,seorang anak dan pada masa hadapan sebagai seorang suami serta bapa yang terbaik untuk anak-anaknya.

Dulu mungkin I marah terhadap apa yang dia buat pada I tapi I tahu itulah naluri sebagai seorang lelaki remaja yang ingin mencuba segala benda. Jauh di sudut hatinya,I nampak yang dia adalah seorang yang penyayang dan ambil berat terhadap keluarganya.
Walaupun dia tak pernah cakap tentang tu,tapi I nampak yang dia sangat sayangkan adik-adik dan juga ibubapa dia terutamanya mama dia.

I lepaskan you sebab komitmen I terhadap my parents dan I tahu you pun sama macam I yang ada komitmen terhadap your parents jugak. Semoga kita berjumpa lagi dan mungkin masa tu kita boleh jadi sebagai seorang kawan.

I tulis ni sebab I nak share dengan you guys sebab apa kita perlu lepaskan orang yang kita sayang. Bukan sebab kepentingan diri sendiri tapi kepentingan bersama.

Everyone mesti nak yang terbaik untuk you guys dan dengan cara melepaskan sekarang mungkin salah satu cara yang terbaik.

Apa  yang I selalu buat adalah I selalu mendoakan yang terbaik untuk orang yang I sayang walaupun dia tak tahu sebenarnya.

Harap you guys dapat berfikir rasional dan sehabis yang mungkin tentang hidup you guys. Jangan salah buat keputusan sebab sekali salah mungkin akan membawa penyesalan seumur hidup anda. Setiap kebahagiaan yang you guys impikan perlukan pengorbanan.

Apa yang I tulis tu mungkin ada yang terasa hati and I want to apologize for that. I just write what the truth and it always happen kalau kita tak berfikir panjang.

Renung-renungkan dan selamat beramal.InsyaAllah dengan berkat doa yang you guys buat,ianya akan jadi mudah.

Bye,selamat berjumpa lagi dengan cerita-cerita lain. Take care of yourself.

~Tuhan,jaga dia untukku 
kalaku masih jauh
bagai menghitung resah
berkepingan bederaian

Tuhan,jaga dia untukku
selamanyaku ada
mencipta syurga bersama
menyayangi mendampingi dia.

# This is my page,so kalau tak suka please get out from my page. Jangan nak buat provokasi  MURAHAN kat sini.

You Might Also Like

1 comments

  1. In Shaa Allah , jodoh yg baik adalah untuk perempuan yg baik. :)

    ReplyDelete

Subscribe