Payung Emas

11:47

Hai semua.

Tetiba harini nak post pasal payung emas plak . Haha penangan cerita slot Akasia Sayangku Kapten Mukhriz dekat tv3 tu.

Okkay dekat sini Ainaa nak berkongsi pendapat sikit la walaupun tak pernah alami benda ni. InsyaAllah mudah-mudah tak la kann. Kawin pun belum dah nak bersembang kencang macam dah ada laki . haha

Bagi Ainaa sebagai sorang perempuan ,si suami patut berfikir panjang sebelum membuat keputusan nak beristeri banyak ni. Bukan dari segi luaran saja iaitu puaskan nafsu tapi gunakan saluran agama nak berpoligami tapi dari sgi sifat keadilan serta kesaksamaan yang perlu dijalankan.

Hello bro,TANGGUNGJAWAB sebagai seorang suami bila beristeri banyak ni lagi berat tahu tak. Pernah tak kau fikir yang nanti dosa isteri-isteri kau yang kau kena tanggung tu lagi banyak,Pastu kau kena adilkan kesemua isteri-isteri kau.Tak boleh terkurang ataupun terlebih sikit tahu tak !Kena sama rata !

ADIL disini bukan bermaksud kau balik rumah bini pertama esoknya isteri satu lagi dan berulang rutin tu. TAK okay ! Bukan hanya soal kepuasan kau je yang kau kena kisah. Kepuasan isteri pun kau kena kisah. Dari segi zahir dan batin dia kau kena tahu kot.Makan minum,KASIH SAYANG,keperluan dan jugk nafkah.

Sebelum kau kawin lain tu kau pernah tak tanya isteri kau,sama ada isteri kau tu rasa puas hati ke tak dengan segala apa yang kau beri. Kalau dari  segi zahir dia cakap yang dia bersyukur sangat dengan apa yang kau beri,kau patut berasa malu dengan diri sendiri sebab dia sanggup terima kau dengan seadanya. Kau ingat senang ke untuk seorang perempuan setia pada kau dengan keadaan ekonomi kita yang kadangkala mendesak akal manusia yang cetek ni berbuat benda yang tak sepatutnya.

Sebagai manusia biasa yang ada hati dan perasaan mesti hati kecil dia terdetik 'Eh,tak cukupkah layanan aku pada suamiku ?' , 'Salah manakah layanku terhadapnya sampai ingin beristeri lagi satu ?'

Mesti dia tanya diri dia sendiri walaupun dia benarkan kau kawin lagi. Come on,bro. Isteri kau boleh setia dengan kau,takkan kau tak boleh buat benda yang sama. Salah itu tak salah kalau nak beristeri lebih satu. Nabi Muhammad pun beristeri banyak jugak.

Tapi kau tak pernah tanya jugak ke dekat diri kau yang kau mampu ke buat apa yang Nabi pernah buat dekat kesemua isteri-isterinya. Boleh ke kau setanding Nabi Muhammad ?

Ainaa berani cakap sebagai seorang perempuan,mana ada perempuan yang sanggup nak berkongsi kasih suaminya dengan orang lain. Berkongsi kasih dengan anak berbeza dari berkongsi kasih dengan wanita lain.Memang la ganjarannya besar iaitu payung emas. Tapi sakit dalam hati dan perasaan negatif yang kadangkala timbul tu siapa yang nak tanggung. Diri sendiri jugak kan.

Fikirlah baik-baik dan mendalam.Hati seorang isteri ni kadangkala sensitif tahu tak. Sama ada dia tunjuk ataupun tidak je depan kau wahai si suami. Kalau dia tak tunjuk tu bermakna dia nak jaga perasaan kau. Tengok ! Sebelum jiwa kau sakit,isteri kau sanggup sakitkan hati dia dulu.

Sebab tu ada yang rela minta dilepaskan apabila hendak dimadukan. Sebab apa ? Sebab dia tahu dia mungkin tak mampu nak bahagiakan kau bila kau ada isteri lain. Itu yang membuatkan kau nak beristeri lagi satu. Sekeras-keras luaran seorang perempuan,dalamnya pasti lembut dan sensitif untuk disentuh.

Bagi suami-suami di luar sana,fikirlah denga baik dan penuh toleransi. Isteri tu sanggup terima kekurangan kau,takkan kau tak boleh terima kekurangan isteri kau. Bukan orang lain pun,isteri kau jugak. Bersama-samalah berbincang dengan tenang. InsyaAllah ada jalan penyelesaian yang terbaik.

So kat sini Ainaa nak bagi satu lagu ni.

Hanya Satu - Feeya Iskandar

Aku bukan yang sempurna
Bukan yang paling berharga
Namun engkaulah semua yang aku ada
Susunlah kata cintamu untukku

Kau yang hanya satu
Jaga dirimu
Hanya satu

Aku pernah bercinta
Dengan harap untuk berjaya
Namun semuanya tak pernah usai jua
Rupanya semua mempunyakan hikmah
Kau punya aku
Usah kau ragu

Pernah terasa hampa dan jua
Bintang bintang yang telah hilang di dalam hati

Kau beri waktu padaku
Beri waktu padaku
Selalu beri semua agar aku akan tahu
Caranya untuk menjadi sempurna sepertimu
Wahai dewa hatiku
Berikan aku waktu
Agar selalu
Kita hanya satu

Aku benar bercinta
Dengan harap untuk berjaya
Namun semuanya yak pernah usai jua
Rupanya semua mempunyakan hikmah
Kau menantiku
Usah kau ragu

Kau beri waktu padaku
Beri waktu padaku
Selalu beri semua agar aku akan tahu
Caranya untuk menjadi sempurna sepertimu
Wahai dewa hatiku
Berikan aku waktu
Agar selalu
Kita hanya satu

Hidup kita
Hanyalah satu

Kau beri waktu padaku
Beri waktu padaku
Selalu beri semua agar aku akan tahu
Caranya untuk menjadi sempurna sepertimu
Wahai dewa hatiku
Berikan aku waktu
Agar selalu
Kita hanya satu

Ku tak seperti dulu
Kini ku berubah
Untuk menjadi sesuatu
Yang lebih baik dari aku yang pernah dahulu
Melupakan dirimu
Namun kau tetap harus di hatiku
Kita hanya satu.

#SelamatMembacaSemua






You Might Also Like

0 comments

Subscribe