My journey of acne skin and skincare routine

14:51

Skincare routine adalah satu benda yang wajib untuk diambil tahu oleh seorang perempuan jikalau dia nak jaga kulit dan nak dapatkan kulit yang flawless gitu. Dulu Ainaa sendiri taktahu pun pasal skincare routine ni. Ye la dulu agak terbatas sikit berbanding sekarang yang everything boleh dapat dengan hujung jari. Bertapa maju kan dunia sekarang.

Ainaa mula untuk jaga kulit yang bermula dengan niat nak kurangkan jerawat tu sekitar Ainaa tingkatan 5 tengah tahun ke hujung tahun la jugak. Sebab tengok kawan pakai satu local product and it works !

So Ainaa ada rasa berani tu sikit untuk try that product kan walaupun before tu sangatlah takut sebab kulit Ainaa sangat sensitif and oily. Bila try tu berkesan jugak but dia ada side effect 😕. Side effect ni nampak bila Ainaa tak pakai produk dia bila habis. Produk ni kena sentiasa consume baru dia okkay kalau stop kejap haa tentera Mr J datang tu hmm sangatlah banyak.

Sampailah one day, Ainaa benti pakai produk tu for one week. Masa tu basuh muka dengan daun teh hijau yang orang buat minum tu. Ainaa beli trial pack one of high end product which is Kiehls. Seminggu lebih try product ni sampai habis Ainaa stop jugak sebab naik jerawat pasir kat dahi which is NOT GOOD !

Dua tiga hari tu basuh je dengan daun teh lagi dengan mulut kering merekah. OMG sangatlah terseksa waktu tu. I think maybe toner dia tak sesuai untuk Ainaa kot. Maybe la but I think I should get the right precision at their store since they have the equipment to know about our skin and give what we should have for the skin.

Lepas tu Ainaa pergilah Watsons cari produk yang sesuai memandangkan dah beberapa hari dah tak pakai sunscreen kan. Well Ainaa paling takot kalau keluar tak pakai sunscreen ye. Benda lain tinggal takpa lagi but not sunscreen.

Masa pergi tu mata dah nampak Hada Labo tapi memikirkan jangka panjang tentang harganya tu Ainaa pejamkan mata cari yang lain 😅. Dah pening and taktahu nak beli apa, I decided to ask the staff and she suggest me one brand from Korea which is Pink by Pure Beauty.

Ainaa beli set dari produk Pink by Pure Beauty, Packaging dia pink okkay buy I'm not into pink sangat sebenarnya. produk ni hanya available dekat Watsons sahaja ya even Guardian pon takda. So kalau nak try boleh cari kat mana-mana Watsons berdekatan.

Skincare routine ni ada step yang boleh kita ikut untuk dapatkan keberkesanan. Cara yang betul untuk sesuatu produk tu berkesan adalah gunakan produk yang tekstur cair sampailah tekstur pekat. Kulit Ainaa selalu berminyak so Ainaa akan cari produk yang watery kalau nak try untuk kurang nampak berminyak apatah lagi kalau kat tengah panas berpeluh.

So sesiapa yang ada oily skin tu boleh la follow this step :

1. Cleanser

Untuk pencuci muka, Ainaa pakai cleansing foam ni. Bila cuci rasa best je sejuk and tak terlalu keringkan kulit. Bahaya ye bila pakai cleanser then lepas bilas tu rasa kering dan tegang. Maksudnya kulit dah hilang kelembapan semula jadi iaitu sebum yang patut ada pada kulit Funsi sebum pada kulit adalah bagi kelembapan. Jadi penting ya cari cleanser yang membuat kulit kita tidak kering bila pakai. Fungsi pencuci adalah hilangkan kotoran selepas kita dah seharian berdepan dengan keadaan yang panas, kotor dan berhabuk.

2. Exfoliate

Untuk buang sel kulit mati, blackhead dan whitehead, Ainaa pakai scrub St Ives Green Tea. Very recommended tau. sangat best lepas basuh tu rasa licin je part hidung yang banyak whitehead and blackhead tu. Tapi kena ingat yang scrub ni tak boleh pakai setiap hari. Scrub ni boleh pakai 2-3 kali seminggu sahaja. Ainaa pakai dua hari sekali belah malam. Ingat tau step exfoliate ni tak boleh buat hari-hari nanti rosak plak kulit tu.

3. Toner

Langkah kedua untuk rutin harian manakala langkah ketiga untuk mingguan adalah toner. Toner ni fungsi dia untuk kembalikan ph kulit kita kepada neutral dan juga hydratekan kulit jugak. Ainaa pakai cottton pad untuk apply toner ni. Kadang bila apply ni pada cotton pad tu masih lekat kotoran tau especially kalau pakai heavy makeup maka keluarlah saki baki foundation tu kan.

4. Essence/Serum

Step ni Ainaa lebih prefer essence sebab tekstur essence yang watery berbanding serum yang pekat. Serum lebih sesuai untuk sesiapa yang berkulit kering untuk lembapkan muka yang kering tu. Ainaa tak selalu pakai essence ni, kalau keluar jenjalan or ada event tertentu Ainaa akan pakai. Ainaa suka essence dari KaymanBeauty ni sebab bila pakai nampak glowing je muka without use any facial oil.Selain glowing, bahan Alpha Arbutin yang ada dalam essence ni berfungsi untuk cerahkan kulit dalam masa yang sama kurangkan kesan parut yang ada.


5. Moisturiser

Nama ja Pudding Cream tapi takleh makan tau. Bukan puding yang makanan tu 😅. Ni adalah moisturiser bagi brand Pink by Pure Beauty. Tekstur moisturiser ni sedikit berat berbanding essence tapi lebih light dari lotion. Haa tak watery sangat tapi cepat serap dan kering bila apply. Fungsi moisturiser adalah untuk lembapkan kulit kita dan lock kelembapan tu. Dalam cuaca sekarang yang panas tambah plak kat Malaysia ni tengah jerebu kan, sangat-sangatlah penting untuk pakai supaya kulit kita tak dehydrate selain dari kita minum air putih banyak. Kulit kita pun perlukan kelembapan untuk sihat tau.

6. Sunscreen. 

Dalam banyak-banyak langkah, sunscreen sangatlah penting ya. Janganlah sesekali tinggal part ni sebab fungsi sunscreen ni adalah melindungi kulit kita dari cahaya matahari. Kalau tak pakai sunscreen ni ada kemungkinan kulit kita boleh dapat kanser tau selain berlakunya pigmentation pada kulit. Kesan kalau tak pakai sunscreen ni bila kita berumur nanti. Masa tu dah tak boleh nak buat apa sangat sebab dah terlambat. So pakailah sunscreen selalu, reapply lepas 3-4 jam untuk yang selalu terdedah pada matahari. Tekstur dia macam lotion campur air skit. Sejuk je pakai lepas moisturiser tu. 

Haaa 5 step je tau untuk skincare ni.Apply sekali waktu siang dan before tido. Ainaa ni bukan yang jenis pakai make-up sebab Ainaa lebihkan penjagaan kulit. Bagi Ainaa, kulit sihat dengan penjagaan yang betul lagi best sebab rasa kulit kita lebih cantik secara natural gitu. Bila pakai make-up untuk sesiapa yang suka pakai nanti lagi nampak cantik dengan nature oil yang kulit kita hasilkan. Lagi satu, hydration is the key. Carilah produk yang hydratekan skin kita akan bantu kulit tu lebih sihat dan cantik.

Ainaa tak nafikan ada masanya Ainaa malas jugak nak buat semua step, but at least Ainaa akan pastikan semua step ni dalam sehari kena buat walaupun sekali. Sekarang kulit muka Ainaa lagi better la berbanding dulu cuma flawless tu belum lagi la sebab parut jerawat susahnya nak hilang 😭. Jerawat naik pon satu dua je sebab hormon time nak period. Doa-doakan la untuk Ainaa dapat kulit macam tu InsyaAllah. 

Nak dapat kulit sihat dan cantik kena rajin. Kalau rajin dijamin benda tu tak mustahil kan. So sama-samalah kita rajin jaga kulit muka kita ya. Almaklumlah first impression orang terhadap kita ada yang bermula melalui muka berbanding tindak-tanduk kita.

 1. Cleaser
Pink by Pure Beauty Cleansing Foam
2. Scrub
St. Ives Green Tea

3. Toner
Pink by Pure Beauty Toner

4. Essence
Rosa Glow Treatment Essence
5. Moisturiser
Pink by Pure Beauty So Smooth Pudding Cream 
6. Sunscreen
Illuminating Urban Shield Sun Protector

You Might Also Like

0 comments

Subscribe