Bukan Dirimu Yang Kupilih Part 2

06:58

PART 2


Pangg ! !

Kedengaran jelas iphone 5ku jatuh ke lantai makmar bilikku.Terasa semua perkara yang terjadi terhenti sementara.Semakin gelap dan semakin gelap.Aku hilang kawalan.

‘Ibu?  Ayah?  Maafkan Rina kalau Rina ada melakukan salah terhadap ibu dan ayah.’

“Rina! Rina! Bangun Rina.Ini ibu,Rina.” Aku membuka mataku perlahan-lahan.Muka ibu semakin jelas aku dapat lihat.Jelas setiap seorang yang berada disekelilingku.

“Apa yang jadi kat Rina,bu?”soalan pertama yang terpantul keluar dari mulutku.

“Hmm,Rina pengsan tadi” jawab ibu dengan muka yang sedikit takut sambil melihat ayah yang berada disebelah ibu.Aku dapat melihat kesan air mata pada ibu.Apa sebenarnya yang terjadi ?

“Rina rehat dulu.Ibu nak keluar kejap” Belum sempat aku bertanya lebih lanjut,ibu dan ayah bingkas keluar dari bilikku kemudian diikuti oleh abang-abangku serta isteri mereka.

Melihat semua orang keluar dari bilikku,baru aku perasan yang diriku masih berpakaian pengantin.
‘Hairi?’

Baru saja aku ingin membuka pintu bilikku,terpantul muka kak Rin lalu menolak aku masuk ke dalam bilik semula.

“Apa ni kak?”Tanyaku dengan sedikit marah.

“Rina tukar baju dulu,nanti keluar baru Rina akan tahu semuanya”terkejut aku mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut kak Rin,kakak ipar aku merangkap isteri along,abang sulungku.

“Kenapa pulak kak Rin ? “ tanyaku yang kehairanan apabila diriku disuruh untuk tukar pakaian sedang hari ini adalah hari bersejarah bagiku dan juga Hairi.

“Kejap lagi Rina akan tahu.” Jawab kak Rin ringkas lalu keluar dari bilikku.

Setelah selesai aku menukar baju pengantinku yang telah dibuat khas oleh Rizman Khuzaimi pada hari perkahwinanku,aku berfikir sebentar sambil mengingati apa yang telah terjadi kepadaku.

Panggilan yang tidak dikenali.Aku menjawab.Terkejut.Pengsan.

‘Apa yang pemanggil tu cakap?’

Aku mengingati perlahan-lahannya.Tanpa diduga air mataku menitis.

‘Tidak! Itu tak mungkin berlaku.Tak mungkin.Tak mungkin!!!’

Aku mengesat air mataku kemudian keluar menuju kearah pintu.Aku ingin mengetahui apa yang ingin diperkatakan oleh ibu dan ayahku.Perlahan-lahan aku menolak pintu bilikku dan berjalan turun melalui tangga kayu yang direka khas oleh ayah sewaktu membina rumah banglo ini.Aku menuju ke ruang tamu besar yang berdekatan dengan kolam renang.

Terdapat semua ahli keluargaku yang terdiri dari ibu,ayah,along,angah hinggalah ke adik bongsuku sedang menunggu kehadiran aku di situ.Semuanya memandangku dengan muka yang tidak dapat aku tafsirkan.Pelbagai reaksi yang ditunjukkan sehingga aku sendiri tidak dapat memahami reaksi tersebut.

“Rina! Duduk.”suruh ayah dengan suara yang tegas.

Tanpa membuang masa aku  menuruti apa yang disuruh.

Aku menanti apa yang ingin diperkatakan oleh ayah dan ibu.Aku juga terasa seperti pesalah yang akan diberi hukuman apabila melihat semuanya mengelilingi aku.Semuanya melihat aku tanpa sebarang kata dengan mata yang  tertumpu kepada aku.Aku sedikit takut cara yang ditunjuk.

“Ayah nak Rina dengar apa yang ayah yang cakap ni.Harap Rina bersabar.”kata ayah.

“Huh! Sebenarnya tadi Rina pengsan sebab …sebab pihak pengantin lelaki telah batalkan majlis nikah Rina hari ni.”

Tersentap aku apabila mendengar apa yang diperkatakan oleh ayah sebentar tadi.Nafasku sudah tidak teratur.Ibu yang berada berdekatan denganku datang mengusap belakangku perlahan-lahan.

“Kenapa mereka batalkan? Kenapa Hairi batalkan,ayah? Rina tak faham?”tanyaku sambil menahan air mata yang sudah bertakung.

“Ayah tak tahu Rina.Tak sempat ayah nak tanyakan kenapa majlis ni dibatalkan,pemanggil tu dah letak.Bila ayah call balik,dia dah tak angkat.Terus senyap sampai sekarang.”jawab ayah.

“Rina yang akan call Hairi.”belum sempat aku bangun dari sofa,ibu menahan tanganku.

“Tak guna Rina.Kami dah pun cuba berkali-kali.Tapi tetap tak diangkat.Ibu dan ayah dia pun sama jugak.Along dan ayah dah cuba ke rumah mereka jugak tadi.Tiada siapa pun yang ada.Kosong rumah tu.Bila ditanya pada jiran sebelah,mereka cakap diorang dah keluar awal pagi tadi.Tak tahu kemana.”jawab ibu dengan muka penuh kekesalan.

“Tak mungkin,ayah.Ini tak mungkin.”kataku yang tak mempercayai apa yang diberitahu oleh ibu dan ayah kepadaku sebentar tadi.

Air mata sudah tidak dapat kutahan lagi.Aku tidak percaya perkara seperti ini akan berlaku kepadaku.Baru semalam aku berbual dengan Hairi sebelum aku tidur.Suaranya juga gembira sama seperti aku yang tidak sabar menunggu hari esoknya.Tetapi kenapa harus jadi sebegini rupa?

Sepatutnya hari ini akan menjadi hari yang paling bersejarah bagiku dan Hairi tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.Sama sekali aku tidak pernah membayanginya.

Terlalu sakit hati ini.Sanggup Hairi lakukan aku seperti ini.Mana perginya sikap gentleman yang ditunjuknya didepan aku dan juga ibu serta ayah.

‘Hairi,awak kat mana,sayang? Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya,awak? Kenapa awak tinggalkan saya pada hari perkahwinan kita?

Terlalu banyak soalan yang sedang berada dalam fikiranku sekarang ini.Esakanku semakin menjadi-jadi.

‘Ya Allah kuatkanlah hatiku ini’

“Sabar Rina.Sabar.Kita serah semuanya kepada Allah.Allah sedang aturkan yang terbaik untuk kita sekarang ni.Ini ujian untuk kita supaya kita tidak lalai kepadaNya.Banyakkan bersabar,nak”nasihat ibu untuk mengurangkan tangisanku.

“Apa salah Rina,ibu? Rina ada buat salah dengan Hairi ke ,bu? Beritahu Rina apa salah Rina ,ibu.” Menangis aku dalam pelukkan ibu.

“Rina tak buat salah,sayang.Rina tak salah apa-apa pun.” Kata ibu untuk tenangkan diriku.
Aku bangun dan berlari ke arah bilikku di tingkat 1.Aku sebamkan mukaku pada katil kingku.Air mataku masih belum berhenti malah keluarnya seperti tahu hati tuan empunya berasa sangat sakit ketika ini.

Melihat Iphone 5ku yang berada diatas meja yang bersebelah dengan katilku,terus dicapai dan mendail kepada orang yang sepatutnya yang bertanggungjawab atas segala yang terjadi pada hari ini.

Berkali-kali aku menelefon Hairi.Tapi tiada satu panggilan pun yang diangkatnya.Malah direject.Kemarahan aku terhadapnya semakin mebuak-buak hinggakan tiada siapa yang boleh halangku sekarang.

Tanpa membuang masa,aku menarik beg tanganku serta kunci kereta dan terus keluar.Aku ingin pergi mencari Hairi.Aku bukan jenis yang menunggu jawapan tanpa berbuat apa-apa.

“Rina nak pergi mana tu?” Tanya ayah apabila melihat aku membawa tas tanganku turun ke arah pintu keluar.

Aku tidak menjawab pertanyaan tersebut lalu terus keluar dari ruang itu.Kelihatan masih ada tetamu yang masih menunggu di bawah khemah di hadapan rumahku.Ada yang berbisik-bisskkan setelah melihat aku keluar dari situ.

Tanpa mempedulikan apa yang mereka katakan,aku mempercepatkan langkahku ke arah BMW kesayanganku.BMW yang dibeli oleh ayah sempena kejayaan aku membuka sebuah perniagaan kek secara kecil-kecilan.

Aku memulakan perjalanan dengan bacaan doa menaiki kenderaan seperti yang aku lakukan setiap kali naiki sebarang jenis kenderaan.Aku keluar dari kawasan perumahan rumahku dan menuju ke rumah Hairi.Aku ingin memastikan sendiri dengan mata kepalaku.

Sampai saja di rumahnya,aku mencari di seluruh kawasan.Apabila ditanya kepada jiran sebelahnya,”diorang tak ada,dik.Dah keluar awal pagi tadi.Tak tahu ke mana.”


Aku meneruskan pencarian aku ke tempat yang biasa kami pergi.Namun,sangat mengecewakan.Hairi tetap tidak ditemukan.

BERSAMBUNG........ 

You Might Also Like

0 comments

Subscribe