Bukan Dirimu Yang Kupilih Part 2
06:58PART 2
Pangg ! !
Kedengaran jelas iphone 5ku jatuh ke lantai
makmar bilikku.Terasa semua perkara yang terjadi terhenti sementara.Semakin
gelap dan semakin gelap.Aku hilang kawalan.
‘Ibu?
Ayah? Maafkan Rina kalau Rina ada
melakukan salah terhadap ibu dan ayah.’
“Rina! Rina! Bangun Rina.Ini ibu,Rina.” Aku
membuka mataku perlahan-lahan.Muka ibu semakin jelas aku dapat lihat.Jelas
setiap seorang yang berada disekelilingku.
“Apa yang jadi kat Rina,bu?”soalan pertama
yang terpantul keluar dari mulutku.
“Hmm,Rina pengsan tadi” jawab ibu dengan
muka yang sedikit takut sambil melihat ayah yang berada disebelah ibu.Aku dapat
melihat kesan air mata pada ibu.Apa sebenarnya yang terjadi ?
“Rina rehat dulu.Ibu nak keluar kejap” Belum
sempat aku bertanya lebih lanjut,ibu dan ayah bingkas keluar dari bilikku
kemudian diikuti oleh abang-abangku serta isteri mereka.
Melihat semua orang keluar dari
bilikku,baru aku perasan yang diriku masih berpakaian pengantin.
‘Hairi?’
Baru saja aku ingin membuka pintu
bilikku,terpantul muka kak Rin lalu menolak aku masuk ke dalam bilik semula.
“Apa ni kak?”Tanyaku dengan sedikit marah.
“Rina tukar baju dulu,nanti keluar baru
Rina akan tahu semuanya”terkejut aku mendengar setiap perkataan yang keluar
dari mulut kak Rin,kakak ipar aku merangkap isteri along,abang sulungku.
“Kenapa pulak kak Rin ? “ tanyaku yang
kehairanan apabila diriku disuruh untuk tukar pakaian sedang hari ini adalah
hari bersejarah bagiku dan juga Hairi.
“Kejap lagi Rina akan tahu.” Jawab kak Rin
ringkas lalu keluar dari bilikku.
Setelah selesai aku menukar baju
pengantinku yang telah dibuat khas oleh Rizman Khuzaimi pada hari
perkahwinanku,aku berfikir sebentar sambil mengingati apa yang telah terjadi
kepadaku.
Panggilan yang tidak dikenali.Aku
menjawab.Terkejut.Pengsan.
‘Apa yang pemanggil tu cakap?’
Aku mengingati perlahan-lahannya.Tanpa
diduga air mataku menitis.
‘Tidak! Itu tak mungkin berlaku.Tak
mungkin.Tak mungkin!!!’
Aku mengesat air mataku kemudian keluar
menuju kearah pintu.Aku ingin mengetahui apa yang ingin diperkatakan oleh ibu
dan ayahku.Perlahan-lahan aku menolak pintu bilikku dan berjalan turun melalui
tangga kayu yang direka khas oleh ayah sewaktu membina rumah banglo ini.Aku menuju
ke ruang tamu besar yang berdekatan dengan kolam renang.
Terdapat semua ahli keluargaku yang terdiri
dari ibu,ayah,along,angah hinggalah ke adik bongsuku sedang menunggu kehadiran
aku di situ.Semuanya memandangku dengan muka yang tidak dapat aku
tafsirkan.Pelbagai reaksi yang ditunjukkan sehingga aku sendiri tidak dapat
memahami reaksi tersebut.
“Rina! Duduk.”suruh ayah dengan suara yang
tegas.
Tanpa membuang masa aku menuruti apa yang disuruh.
Aku menanti apa yang ingin diperkatakan
oleh ayah dan ibu.Aku juga terasa seperti pesalah yang akan diberi hukuman
apabila melihat semuanya mengelilingi aku.Semuanya melihat aku tanpa sebarang
kata dengan mata yang tertumpu kepada
aku.Aku sedikit takut cara yang ditunjuk.
“Ayah nak Rina dengar apa yang ayah yang
cakap ni.Harap Rina bersabar.”kata ayah.
“Huh! Sebenarnya tadi Rina pengsan sebab
…sebab pihak pengantin lelaki telah batalkan majlis nikah Rina hari ni.”
Tersentap aku apabila mendengar apa yang
diperkatakan oleh ayah sebentar tadi.Nafasku sudah tidak teratur.Ibu yang
berada berdekatan denganku datang mengusap belakangku perlahan-lahan.
“Kenapa mereka batalkan? Kenapa Hairi
batalkan,ayah? Rina tak faham?”tanyaku sambil menahan air mata yang sudah
bertakung.
“Ayah tak tahu Rina.Tak sempat ayah nak
tanyakan kenapa majlis ni dibatalkan,pemanggil tu dah letak.Bila ayah call
balik,dia dah tak angkat.Terus senyap sampai sekarang.”jawab ayah.
“Rina yang akan call Hairi.”belum sempat
aku bangun dari sofa,ibu menahan tanganku.
“Tak guna Rina.Kami dah pun cuba
berkali-kali.Tapi tetap tak diangkat.Ibu dan ayah dia pun sama jugak.Along dan
ayah dah cuba ke rumah mereka jugak tadi.Tiada siapa pun yang ada.Kosong rumah
tu.Bila ditanya pada jiran sebelah,mereka cakap diorang dah keluar awal pagi
tadi.Tak tahu kemana.”jawab ibu dengan muka penuh kekesalan.
“Tak mungkin,ayah.Ini tak mungkin.”kataku
yang tak mempercayai apa yang diberitahu oleh ibu dan ayah kepadaku sebentar
tadi.
Air mata sudah tidak dapat kutahan lagi.Aku
tidak percaya perkara seperti ini akan berlaku kepadaku.Baru semalam aku
berbual dengan Hairi sebelum aku tidur.Suaranya juga gembira sama seperti aku
yang tidak sabar menunggu hari esoknya.Tetapi kenapa harus jadi sebegini rupa?
Sepatutnya hari ini akan menjadi hari yang
paling bersejarah bagiku dan Hairi tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.Sama
sekali aku tidak pernah membayanginya.
Terlalu sakit hati ini.Sanggup Hairi
lakukan aku seperti ini.Mana perginya sikap gentleman yang ditunjuknya didepan
aku dan juga ibu serta ayah.
‘Hairi,awak kat mana,sayang? Kenapa awak
buat saya macam ni? Apa salah saya,awak? Kenapa awak tinggalkan saya pada hari
perkahwinan kita?
Terlalu banyak soalan yang sedang berada
dalam fikiranku sekarang ini.Esakanku semakin menjadi-jadi.
‘Ya Allah kuatkanlah hatiku ini’
“Sabar Rina.Sabar.Kita serah semuanya
kepada Allah.Allah sedang aturkan yang terbaik untuk kita sekarang ni.Ini ujian
untuk kita supaya kita tidak lalai kepadaNya.Banyakkan bersabar,nak”nasihat ibu
untuk mengurangkan tangisanku.
“Apa salah Rina,ibu? Rina ada buat salah
dengan Hairi ke ,bu? Beritahu Rina apa salah Rina ,ibu.” Menangis aku dalam
pelukkan ibu.
“Rina tak buat salah,sayang.Rina tak salah
apa-apa pun.” Kata ibu untuk tenangkan diriku.
Aku bangun dan berlari ke arah bilikku di
tingkat 1.Aku sebamkan mukaku pada katil kingku.Air
mataku masih belum berhenti malah keluarnya seperti tahu hati tuan empunya
berasa sangat sakit ketika ini.
Melihat Iphone 5ku yang berada diatas meja
yang bersebelah dengan katilku,terus dicapai dan mendail kepada orang yang
sepatutnya yang bertanggungjawab atas segala yang terjadi pada hari ini.
Berkali-kali aku menelefon Hairi.Tapi tiada
satu panggilan pun yang diangkatnya.Malah direject.Kemarahan
aku terhadapnya semakin mebuak-buak hinggakan tiada siapa yang boleh halangku
sekarang.
Tanpa membuang masa,aku menarik beg
tanganku serta kunci kereta dan terus keluar.Aku ingin pergi mencari Hairi.Aku
bukan jenis yang menunggu jawapan tanpa berbuat apa-apa.
“Rina nak pergi mana tu?” Tanya ayah
apabila melihat aku membawa tas tanganku turun ke arah pintu keluar.
Aku tidak menjawab pertanyaan tersebut lalu
terus keluar dari ruang itu.Kelihatan masih ada tetamu yang masih menunggu di
bawah khemah di hadapan rumahku.Ada yang berbisik-bisskkan setelah melihat aku
keluar dari situ.
Tanpa mempedulikan apa yang mereka katakan,aku
mempercepatkan langkahku ke arah BMW kesayanganku.BMW yang dibeli oleh ayah
sempena kejayaan aku membuka sebuah perniagaan kek secara kecil-kecilan.
Aku memulakan perjalanan dengan bacaan doa menaiki
kenderaan seperti yang aku lakukan setiap kali naiki sebarang jenis
kenderaan.Aku keluar dari kawasan perumahan rumahku dan menuju ke rumah
Hairi.Aku ingin memastikan sendiri dengan mata kepalaku.
Sampai saja di rumahnya,aku mencari di seluruh
kawasan.Apabila ditanya kepada jiran sebelahnya,”diorang tak ada,dik.Dah keluar
awal pagi tadi.Tak tahu ke mana.”
Aku meneruskan pencarian aku ke tempat yang
biasa kami pergi.Namun,sangat mengecewakan.Hairi tetap tidak ditemukan.
BERSAMBUNG........
0 comments