Bukan Dirimu Yang Kupilih.
23:49Hai semua.
Haritu Aina ada cakap kan yang Aina akan post cerita yang Aina tulis untuk next entry kan. So now,Aina postkan part first sekali.
Aina buat cerita ni saja-saja sebab kekadang tu terlebih feeling sikit kan. So time feeling terlebih tulah dapat idea mencurah-curah. Hehe biasa la kan dah nama pun perempuan. Mood kadang-kadang okkay kadang tu k.o. Hahaha.
Hope korang semua enjoy baca cerita yang tak seberapa ni. Kalau Aina ada buat mistake or tak best ke cerita ni cakap ehh. Takdelah nanti duduk syok sendiri ingat korang semua suka. Hee.
BUKAN
DIRIMU YANG KUPILIH.
PART 1
“Apa!” Hampir tersembur air milo yang
diminum oleh ibu bila terkejut mendengar ayah menjerit setelah melihat butiran lanjut mengenai lanjutan
pembelajaranku ke luar Negara.Bukan ini kehendakku tapi aku terpaksa
melakukannya demi melupakan apa yang terjadi sebulan yang lalu.
“Nak sambung di mana?” Tanya ayah yang
berada di sebelah ibu tanpa memandangku
sedikit pun.Aku tahu bahawa ayah sangat marah.Cuma kemarahannya ditahan oleh
ibu yang sedang mengusap tangan kanannya perlahan-lahan.
“Di Auckland University,New Zealand”
jawabku dengan penuh yakin dengan keputusan yang aku buat tanpa pengetahuan ibu
dan ayah.
‘Ibu ayah, maafkan Rina,Rina terpaksa lakukan ini semua tanpa
pengetahuan ibu dengan ayah tapi hanya cara ini yang terbaik untuk diri Rina
buat masa sekarang ini.’
Ibu meletakkan semula cawan air milo yang
diminumnya sebentar tadi. “Hrmm,sekarang ini terpulanglah pada Rina.Rina yang
tahu apa yang terbaik untuk Rina.Ibu tahu Rina buat semua ini sebab nak lupakan
apa yang berlaku pada Rina sebulan yang lepas.Ibu tahu anak ibu ini seorang
yang kuat semangat.Anak ibu takkan buat keputusan yang salah.” Ucap ibu kepadaku
sambil menahan sedih dalam hatinya.
“Huh! Ayah tahu Rina susah nak lupakan
kejadian itu tapi kenapa Rina buat keputusan ini tanpa beritahu ibu dengan ayah? Okay,kita
lupakan semua itu sebab keputusan Rina yang buat sendiri atas kemahuan
Rina.Apapun ayah dengan ibu tetap ada untuk Rina bila-bila masa yang Rina
perlukan.Kami tetap sokong dengan keputusan Rina.”
“Terima kasih ibu,ayah.Rina tahu Rina salah
sebab tak beritahu tentang ini kepada ibu dan ayah.Rina buntu.Rina tak boleh
nak lupakan kejadian majlis akad nikah
Rina.Rina malu.Malu dengan kawan-kawan sekali dengan tetamu yang datang.”
Esakanku semakin menjadi-jadi.Terhabur
segala yang terbuku di hatiku setelah sekian lama aku menyimpan.Tak mampu untuk
ditahan lagi untuk jangka masa yang panjang.Setiap hari di pejabat ada sahaja
yang bertanya kepadaku,kenapa Hairi tidak hadir ke majlis pernikahan kami.Aku
tidak sanggup untuk menjawabnya.Hanya
mampu tersenyum pahit dan berdiam diri tanpa sebarang kata.
Teringat lagi aku pada majlis itu.
“Cantiknya Rina hari ini.Anak siapa entah?”
ketawa ibu dan aku bersatu.
“Anak siapa lagi? Anak pak cik Zahir dengan
mak cik Syuhada yang comel tu”jawabku sambil disambut dengan tawaan.Bertapa
mudahnya ibu menguntum senyuman pada hari paling bersejarah buatku dan keluarga.
“Ibu keluar dulu,Rina.Nak melayan tetamu
yang datang,mak cik serta pak cik saudara kamu datang,sekali dengan tetamu di
luar rumah.” Aku mengangguk lalu mencium tangan ibuku untuk kesekian
kalinya.Terlalu mudah bagiku untuk melakukan itu pada hari ini.Mungkin kerana
aku sangat gembira pada hari ini.
Kedengaran bunyi lagu Ingkar dari Iphone
5ku yang berada diatas meja belajar yang terletak di penjuru bilik sebelah kiri
menghadap kiblat.Sengaja aku menyuruh ayah mengubahnya supaya lebih tenang
belajar apabila menghadap ke arah kiblat
solat.Lebih berkat bak kata ayahku.
“Hello” jawabku dengan tenang setelah
melihat nombor yang tidak dikenali membuat panggilan kepadaku.Kaku sebentar
setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh si pemanggil.
Pangg! !
Nantikan sambungnya. . . .
2 comments
Wauuu, boleh jadi novelis dah ni Ainaa ! Tak sabar nak tunggu entry seterusnyaa.. ^^
ReplyDeleteakak tunggu ni..cepat siap kan hihihi
ReplyDelete