Bukan Dirimu Yang Kupilih.

23:49

Hai semua.

Haritu Aina ada cakap kan yang Aina akan post cerita yang Aina tulis untuk next entry kan. So  now,Aina postkan part first sekali.

Aina buat cerita ni saja-saja sebab kekadang tu terlebih feeling sikit kan. So time feeling terlebih tulah dapat idea mencurah-curah. Hehe biasa la kan dah nama pun perempuan. Mood kadang-kadang okkay kadang tu k.o. Hahaha.

Hope korang semua enjoy baca cerita yang tak seberapa ni. Kalau Aina ada buat mistake or tak best ke cerita ni cakap ehh. Takdelah nanti duduk syok sendiri ingat korang semua suka. Hee.



BUKAN DIRIMU YANG KUPILIH.

PART 1

“Apa!” Hampir tersembur air milo yang diminum oleh ibu bila terkejut mendengar ayah menjerit setelah  melihat butiran lanjut mengenai lanjutan pembelajaranku ke luar Negara.Bukan ini kehendakku tapi aku terpaksa melakukannya demi melupakan apa yang terjadi sebulan yang lalu.

“Nak sambung di mana?” Tanya ayah yang berada di sebelah  ibu tanpa memandangku sedikit pun.Aku tahu bahawa ayah sangat marah.Cuma kemarahannya ditahan oleh ibu yang sedang mengusap tangan kanannya perlahan-lahan.

“Di Auckland University,New Zealand” jawabku dengan penuh yakin dengan keputusan yang aku buat tanpa pengetahuan ibu dan ayah.

‘Ibu ayah, maafkan  Rina,Rina terpaksa lakukan ini semua tanpa pengetahuan ibu dengan ayah tapi hanya cara ini yang terbaik untuk diri Rina buat masa sekarang ini.’

Ibu meletakkan semula cawan air milo yang diminumnya sebentar tadi. “Hrmm,sekarang ini terpulanglah pada Rina.Rina yang tahu apa yang terbaik untuk Rina.Ibu tahu Rina buat semua ini sebab nak lupakan apa yang berlaku pada Rina sebulan yang lepas.Ibu tahu anak ibu ini seorang yang kuat semangat.Anak ibu takkan buat keputusan yang salah.” Ucap ibu kepadaku sambil menahan sedih dalam hatinya.

“Huh! Ayah tahu Rina susah nak lupakan kejadian itu tapi kenapa Rina buat keputusan ini  tanpa beritahu ibu dengan ayah? Okay,kita lupakan semua itu sebab keputusan Rina yang buat sendiri atas kemahuan Rina.Apapun ayah dengan ibu tetap ada untuk Rina bila-bila masa yang Rina perlukan.Kami tetap sokong dengan keputusan Rina.”

“Terima kasih ibu,ayah.Rina tahu Rina salah sebab tak beritahu tentang ini kepada ibu dan ayah.Rina buntu.Rina tak boleh nak lupakan kejadian  majlis akad nikah Rina.Rina malu.Malu dengan kawan-kawan sekali dengan tetamu yang datang.”

Esakanku semakin menjadi-jadi.Terhabur segala yang terbuku di hatiku setelah sekian lama aku menyimpan.Tak mampu untuk ditahan lagi untuk jangka masa yang panjang.Setiap hari di pejabat ada sahaja yang bertanya kepadaku,kenapa Hairi tidak hadir ke majlis pernikahan kami.Aku tidak sanggup untuk  menjawabnya.Hanya mampu tersenyum pahit dan berdiam diri tanpa sebarang kata.

Teringat lagi aku pada majlis itu.

“Cantiknya Rina hari ini.Anak siapa entah?” ketawa ibu dan aku bersatu.
“Anak siapa lagi? Anak pak cik Zahir dengan mak cik Syuhada yang comel tu”jawabku sambil disambut dengan tawaan.Bertapa mudahnya ibu menguntum senyuman pada hari paling bersejarah buatku dan keluarga.

“Ibu keluar dulu,Rina.Nak melayan tetamu yang datang,mak cik serta pak cik saudara kamu datang,sekali dengan tetamu di luar rumah.” Aku mengangguk lalu mencium tangan ibuku untuk kesekian kalinya.Terlalu mudah bagiku untuk melakukan itu pada hari ini.Mungkin kerana aku sangat gembira pada hari ini.

Kedengaran bunyi lagu Ingkar dari Iphone 5ku yang berada diatas meja belajar yang terletak di penjuru bilik sebelah kiri menghadap kiblat.Sengaja aku menyuruh ayah mengubahnya supaya lebih tenang belajar  apabila menghadap ke arah kiblat solat.Lebih berkat bak kata ayahku.

“Hello” jawabku dengan tenang setelah melihat nombor yang tidak dikenali membuat panggilan kepadaku.Kaku sebentar setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh si pemanggil.


Pangg! ! 

Nantikan sambungnya. . . .


You Might Also Like

2 comments

  1. Wauuu, boleh jadi novelis dah ni Ainaa ! Tak sabar nak tunggu entry seterusnyaa.. ^^

    ReplyDelete
  2. akak tunggu ni..cepat siap kan hihihi

    ReplyDelete

Subscribe